Monday, 18 March 2013

jangan tengok wallet dulu.



Assalamualaikum =)

sebab kan isnin tak sekolah, ada supervision kat uia, so aku end kan weekend aku hari isnin lah. makna kata, Jumaat jalan, sabtu jalan, ahad jalan, isnin jalan. duit? jalan lah jugak. mana ada orang jalan tak pakai duit, yer dak?

jumaat..... habis sekolah, lompat laju-laju dalam bilik cari baju teman si awak shopping. best teman dia, tapi tengok keperihatinan pemilihan barang tu, rasa macam.... hey why so serious? he's so so so particular. this is so contrast with me. i never realize pon what color of the button at my shirt, which is most unique blahblah. dia? so..... particular! but he has style. damn smart style sampai.... sampai.... my heart no longer in a shape, it become a water bcs already melted i could say. ok tipu!


so sabtu... macam biasa sekolah. mesyuarat PIBG lah pulak. hoi bosan! kalau ada anak nanti, mintak bapak dia jela yang pegi benda ni. sumpah cemuih habis. tapi mana la cikgu boleh lari. kena la jugak hadap PIBG ni.... apabolehbuatkejamakangaji. kan?

lepas balik sekolah, laju-laju siap pergi One Utama. this is seems our first weekend together kot. kalau tak silap lah. rasanya yer. sebab normally, weekend for him, is rest and studio. lama-lama aku pon immune dah. biaq pi kat hang lah. kawan-kawan kan ada. apa nak kisah? kan? so.... pegi OU, patah kan kaki jalan sana-sini, makan-makan, sembang-sembang, kutuk-kutuk, err itu jela kot. macam bosan je bila cerita. tapi best! haha. tq awak.

then malam tu, kata muda, dia kena spend the weekend so rakus-ly. malam tu sambung karok dengan girlfriends. tiap kali dengan depa ni kan, aku macam..... camana eh kita lepas grad jap gik? macam ni lagi kee? alya sesiap dah cakap dah, bila kawen nanti mesti tak dapat nak karok sangat. sebab her Mr love not so into this. jiha? kat johor. jauh! camana nak karok? karok thru skype ok ke? sedih. maha sedih.

ahad...... oh ini hari yang aku nama kan hari tidor. serius memang untuk tidor. bangun pukul 12, mandi, makan, semayang, tidooooo. bangun pukul 6 mandi, makan, semayang, tengok-tengok kerja sikit, tidoooo. bangun pukul 10 ulang benda sama pastu tido. so, betol lah hari tido kan? habis tak siap sepatah haram pon AR tu. apalanakjadini???


isnin.... wehu wehu. kelas kat uia. lil bit late, tapi madam itew lagi lambat tau. mana tak tumpah kuah kalo tak ke nasi? tak gitu? all went well. got sir siraj as supervisor for AR. damn cool sir tu and yeah i wish i could give my best for this course. aminnn. aminnn. dapat makan free, dapat jadi budak-budak. semua best! hey students, please enjoy your student life well. serious it so so AWESOME!

then, petang tu balik laju-laju tukar baju lagi, pegi.... pegi.... pegi menghabiskan duit. ah whatever! ini yang cuak nak tengok wallet ni. betol-betol cuak tau... fuhh!


after all, all the good things are around me! Syukur Allah. yeay next week cuti seminggu. tak sabar. tak sabar. tak sabarrrr!

senanya tengah lipat baju. jom sambung balik!

okbai! =)  


Mesyuarat PIBG. eh eh tersama baju lah. pewiiit! ok we planned for this. bcs? we are the present-giver. tak tau lah betol ka dak present-giver tu. haha



kahhh. tak nak ceria lagi ka awak? happy sangat lettew!



gambar sekolah balik. meet my school-firend siti. she's doing TESL. cakap omputih memang hebat habis baq ang. =)



wit wit sama baju. not plan. coincident. seriously! =)



mih mih mih. shopping ayam-ayam je. tak macam orang tu habis juta-juta seminggu. =p



my very cun friends! i feel like i really me whenever stand aside u gaiz! haaa gitu.



the color of us always make the picture look pretty as pretty as we are. giteww! =p



pizza hut 50% discount everyday! love it? ya me too. 


okbai sekali lagi... =)


p/s: malas susun gambar. cam ni lah impaknya. ok habis update baru tengok wallet. jeng jeng jeng... =)