Saturday, 25 May 2013
syukur Allah
Assalamualaikum =)
susah nak tap entry nih. aku dah masuk kali ke enam dah ni aku taip delete taip delete.
cuma Alhamdulillah...
'mungkin ku rapuh dalam langkah, kadang tak setia kepadamu, namun cinta dalam jiwa hanya untuk-Mu'
'andai bisa ku mengulang, waktu hilang dan terbuang, andai bisa perbaiki segala yang terjadi....'
that's it!
Bismillah....
p/s: hoih serius ni entry yang paling susah. berapa juta kali taip delete. taip delete. haha.
Wednesday, 22 May 2013
gambar SS
tau gambar SS tu apa? gambar Shok Sendiri. apa yang dorang suka buat tu selca. self-camera. as it for this one aku memang tak minat. sebab camera itew bb jew tak yah nak selca selca sangat ah. sebab lepas selca tengok buruk gamba teros satu hari bad mood. tapi itew suka web cam laptop. halaaa, itew mana mampu nak ada samsung tuuu. web cam jela ada. isk isk.
dah tak payah gedik sangat nak menangis bagai. jom tengok gamba SS. alaa senanya aku boring dengar dorang critics case presentation ni. so..... apdate ah blog. idea takde. gamba je ada. so jemput ah tengok ehh...
ini pagi before case presentation. neves bhai time nih. jap jap gugel apa yang nak cakap. duduk kejap sebu perut pikir eh kenapa itu, kenapa ini... lebih kurang ah.
ini aku ng jiha after presentation. relief oih rasa dia. alhamdulillah all just went well. =)
ini malam lepas my case presentation day. kena nangis dulu okay! awak kejam, FINE! haha. =p
all and all, everything is almost end. i wish all going well later. works please be nice to me. inshaAllahh.. =)
Saturday, 18 May 2013
saya suka rumah sebab....
1- bangun lambat, pastu ada orang jemput makan.
2- makanan tak pernah terputus.
3- macam takde pressure apa. BAHAGIA. SUKA HATI.
4- ada orang tolong sidaikan baju, lipatkan baju.
5- kerja aku refill air dalam botol je. mudah!
6- dapat bercakap doplohpatjam.
7- dapat buli kazen, adik. oh best!
TAPI TAK TAU BILA NAK MULA BUAT KEJA. baru taip satu word, dengar mesyuarat lantai ke dapur ke rasa teringin nak join. tengok harini haram tak buat apa. ah! ;(
okbai.
Friday, 17 May 2013
and it's finish.
Assalamualaikum =)
hoih busy tahu tak lately? memang tak sempat nak tulis tulis blog dah... bangun pagi, tetiba dah malam. mana tengah dia aku pon tak jumpa.
"rajin kan cikgu ada blog apa suma tuu?"
"memang ah. best apa."
"hot boleh lahh...."
ahem. dik camni lah. mula mula cikgu tulis blog, ah tak best ah cikgu ni kan diary. aku tulis blog bukan nak suruh orang baca pon. just nak ada a place that i can write and paste any pictures yang sweet sweet untuk letak sekali. serius takde orang baca pon blog ni. plus me don't care pon. cukup la ada mr m2s stalker tetap hari hari. muahaha. =p
then why put the link at the twitter?
tahukah awak dulu twitter tu tempat aku membebel sorang sorang. a quiet place which i can say anything sampai penat. sekarang pon cam tu jugak. but since ada orang dah benci iteww, kena ah bubuh penapis banyak banyak before tuit. which that is so cruel for me!
yela kau bayangkan dulu kau bebas merdeka kini tidak lagi. tapi salah siapa?? SENDIRI! okbai. hahaha. nanti lah dah banyak sangat orang benci aku buat account baru. bukan kumpul haters oih, tapi 'kisah pulak aku orang nak benci benci ni?' kan?
tapi serius oh. sebelum ni aku rasa aku tak penah ada hater/s. semorang sayang aku. haktuihhh! haha. tah tapi serius aku tak boleh pikir sorang pon yang benci aku. kalau ada pon adik aku. benci sebab aku kan suka bolot kasih sayang. kah kah. ala tu pon ko benci aku, esok aku benci ko. pastu minum cool blog sesama. cerita benci tamat. sekaranggg.....
tapi ok la tu. at least aku nampak ah apesal and belajar something. ok la tu. tapi itew sedih tau. alaa macam kan orang yang tak suka itew tu perfect angat. ei geram tau! hentak hentak kaki macam nak kena panampo tu. lol.
takpelaa. tak payah ah pikir. pegi la jalan. hates me, so what? kan? kan? aku tak sempurna, kau tak sempurna, tiada siapa yang sempurna, hanya Allah. so ya, called me drama queen or what i don't care. tapi memang kite pandai berlakon pon. kan? kan?
dengan post je entry ni, aku dah tak nak amik tau dah pasal orang yang benci and spread those things about me everywhere. but yes i admit i did tweet those words. but you should know well why i tweeted them. i'm in that class, and u guys are so freak at that time. come to the front of the class, hold the 'cikgu' title, control the class, then you can feel it. that word harsh? then how bout you gaiz at that moment? sweet? cute? harsh too? THINK BABEH, THINKK. takkan orang sopan santun iteww tweet bodoh pulak kan? kan? tak logik!
ok lahh. apa ni entry panjang panjang pasal haters je. mesti tak best kan nak baca dilain hari. tapi dah taip. sayang pulak tak post. nasib ah sapasuruh baca. haha. EH AWAK KENA BACA! wajib. nanti kite nak buat ujian. haha.
oklah. then the practical finish. presentation, submission, write up blah blah in front of me! wish me all well ya.
okbai! ;)
Friday, 10 May 2013
can't say much just....
hurting me. hurting you. sick, cry, stress, etc etc.
give up? i ever feel it.
sorry for it.
but your way to tell them to me, teach me (err?),
i can't say much besides....
ya ILY! (no kidding, i mean it)
so esok is Saturday and esok is sekolah. merentas desa. alahai, alahai....
i'm going through such a hectic plus awesome week i could say. detik detik akhir kat sekolah dah terasa terngiang nih.
lepas ni tak dapat nak marah orang dah. HAHA. lepas ni susah nak dapat pandangan hormat dari all cute, naughty, semak, etc etc students dah. lepas ni..... dah tak boleh pakai name tag dah. lepas ni..... susah dah nak dengar ASSALAMUALAIKUM CIKGU. oh all just F awesome and..... SURE I WILL CRY WHEN THE DAY COME! tapi itew kan salunya malu nak tacing tacing. mesti iteww gelak gelak kot. haha.
anyway, macam ni lah hidup kan. bertemu, berpisah. life must go on. lepas ni bayakkk lagi benda lain yang nak kena hadapi.
PALING PENTING FINAL YEAR SUBMISSION! argh.
okbai. (hilang mood teros. hilang mood manjew manjew jeww!) -eh geli betol? ;p
no caption name it by your own. =)
p/s: cer tengok title. CANT SAY MUCH SANGAT KHENNN! haha.
Wednesday, 8 May 2013
Tuesday, 7 May 2013
100 plus
'cikgu nak handy plus...'
'hah? 100 plus? MANA ADA!'
handy plus cikgu, handy plus'
ohhh.
tahukah rasa puasa di harini adalah sangat hazab? tadi pagi dah ah tak bangun sahor. penat oih penat!
kejap lagi ada relief lagi sampai balik pulak tuu. alahai alahai. ;(
mood? sakit. dan can't function well. all i want now is just ya MOOD FOR DOING MY WORKS!
nak buka sup tulang. sup tulang, belacan, nasi putih, air coke! peh. kecuq ayaq liuq da laa ni. haha.
cepatlah pukul 7. cepatlahhh..... isk isk.
ni pon nak update kat blog eh? haha. bukan nak update ni senanya. lain. lain. tapi.... haha
okbai! ;(
i still love you. ;(
Sunday, 5 May 2013
kotor ke bersih ?
semalam aku tidor aku mimpi dapat isi minyak free sampai melimpah limpah. bangun kelam kabut tengok jam, yes 9PM. semayang turun tunggu result.
bapak lambat! yang mana mana tah keluar dulu. tunggu sampai cemuih habis naik atas contunue buat kerja yang banyak nak mampos ni. tengok jam pukul 2.
eh siapa menang ni ??
scroll fb dah semua dp hitam. scroll TL semua tulis blackout. why ? why ?
so baca sepatah dua kata (ni bacaan random saja lah), i guess still people not satisfy with the result. so do i.
semalam tengok kat jalan out of 100 supporters, BN supporters only 10 another 90 is PAS, KEADILAN.
scroll kat fb jugak, especially IIUM students all of them are PR supporters.
blah blah blah. i could say yes semalam sebelum hari mengundi aku tak nampak BN people langsung.
taoi harini, aku bangun lambat so pergi mengundi sorang sorang, sampai kat sekolah tu aku nampak merata rata BN supporters. dah mana datang dorang ni?
merata rata tu masih tak boleh lawan PR supporters lah jugak. or i could say balance kot.
tapi pokoknya dari mata aku yang kecik pada hari ahad, sebab ahad hari tidor, the result is still shocking but could be right. NAMPAK KAH PERKATAAN COULD BE tu? maknanya could be right or not.
tapi uols, anggap saja lah itu betol. biar kalo depa men tipu pon, depa besaq mana sangat. kita ada Allah pencipta langit dan bumi. depa setakat jaga malaysia ja, only small part of this earth. tipu sorang saja dah dosa, tipu beribu orang.... LAGI BANYAK DOSA.
and as they always think they are capable for tanggung dosa dosa tu, biarkan!!! tak yah nak protes, tak yah nak kata apa-apa.
tau dak, dalam permainan, lagi banyak orang respond, lagi syok permainan depa. it's like hang mengorat awek, awek tu rejek rejek, tak ka lagi geram dan syok nak takel? sama jugak dengan BN. lagi kita protes lagi banyak point depa nak itu ini. so......
REDHA dan REDHA dan REDHA.
kita dah pilih dah kalah lagi nak buat camana? actually it's not kalah pon cuma belom lagi. so as it for now, kalo kita dok kata kita pembangkang lagi pon dapat apa? aku bukan nak suruh ampaa pi lompat parti. 5tahun lagi, kalo BN buat jahanam yes kita pangkah PR lagi. dah sekarang depa dah menang, takpaa kita kerjasama dengan depa.
after all we are talking about our country not our pride! dah kalo asyik bangkang bangkang bilanya nak maju malaysia ni? dia nak up new tour, orang bangkang. padahal dia pon bukan bodoh macam budak kecik, dia wajib ada motive bila dia build up something. so just agree, be with them and make use of it.
lagi 5 tahun, nak PRU lagi, kita start kerja kita balik jadi pembangkang jika tidak memuaskan.
nak kesalkan, nak protest benda hat dah lepas buat apa? talk about here and now and future.
if we really say it's about Malaysia, we should know what we are doing right now. but if we talking about the party pride, yes that is us who keep protesting and dissatisfy with whatever around us right now.
think what in your mind right now? okay?
okbai!
Saturday, 4 May 2013
small story , big story
Assalamualaikum =)
lama pulak rasa tak update . mesti stalker - staker iteww rindu kan ? LOL . tak ah lama mana pon . saja exaggerate . mih mih .
currently at home . ni first pilihanraya yang aku rasa bahang . sebelum ni aku tak tau lah camana sambutan dia, aku tak ingat sapa aku pat tahun lepas. bila kira kira aku macam tengah matrik. tapi serius tak ingat apa apa. KALI NI................. INI KALILAH! hewhew.
wey perjalanan balik aku meriah rasa laju saja. bukan sebab minyak free ka apa. sebab ada flashmob kat jalan. idea sapa ah ni? bagos bagos. dia macam best gila. macam memanggil-manggil aku pulang. giteww!
paling salute kan, akak tudung besar, pakai jubah, siap purdah diri tepi jalan pegang banner. aku dalam keta pon paneh bahang dia boleh pakai lagu tuu dok dalam panas. teror tak teror ah kan usaha PKR nih. eiii itew malas tau sebut pembangkang, tak sabar nak sebut kerajaan. inshaAllahhh... =)
tadi lepas keluar makan dengan family, theyols ajak iols pusing pusing manjung. humakaihh meriah habaq hang. EH I'M PROUD LAH TO BE MANJUNG-IANS! pastu kan, tetiba lalu kat ceramah PAS. lepas tu ada suara laksama imran. nama laksamana laksamana adik gwa cakap fb dia best. so aku park. weols pon bersila di atas tanah mendengar ceramah pas. not bad after all. dapat gelak gelak sekeluarga. BEST BEST! makan kacang, tepuk tangan, minum air, jumpa kawan-kawan sekolah lama. tapi my bad.... i can't memorize them all. itew kan pelupaa! isk isk.
NAH GAMBO BERSEPAH. malas susun. muahaha.
umi and dee. umi iteww cun kan? kan? ;)
me and fiza in our way back to Manjung.
the only Be End supporter i saw on road today.
me and Eman. muka aku betol betol bangun tido sarung baju tudung, jalan. nasib kenyang. hikhik
oh ya , last Thursday i got a call from UNI Tun Abdul Razak. hekhemm ayah PM kita punya universiti lah. position as counselor. hoi tak terkinja aku lepas tu? counselor nak ada vacancy sangat sikit hokayy! so once dapat chance for interview tuuu, tolonglah hargai. tapi tapi tapi.....
satu it's on Monday. which perhaps it's holiday. plus i still at Manjung on this day. tapi inshaAllah akan keluar awal. and the place..... urgh tah mana mana tah tuu. alahai, apesal susah nak paham jalan eh? eh? tengok lah camana. i'm still google-ing and ask around. but.... hmph.
malam ni plannya nak prepare if da nampak bayang bayang jalan tuu. but up till now still google-ing tak nampak hala tuju lagi nih. camana?? camana??
so prepare dah tertinggal jauh. now..... hmm. mungkin bukan rezeki aku la kot. ;(
cerita menarik lain? takde menarik melainkan............. ngeri sehh pandang jam bawah ni 5/5/2013. i have only few days left to finalize all the things. presentation. research.
rasa tak ke-ngerian tu? ok tak eh? finee. finee.
okbai! -ni bukan merajuk tapi betol betol nak pegi sambung keja. tak life kan, kat rumah pon buat assignment! hukolohhh. =p
Subscribe to:
Posts (Atom)