Assalamualaikum =)
aku memang suka naik LRT. dulu masa dengan ex aku, kalo dah bosan dating, aku ajak dia naik LRT. jap gik dia cakap, "nak buat apa?" aku cakap saja saja. lama tak naik. rindu! pastu takde la bodoh bodoh naik pastu turun, so pegi la klcc jap beli roti boy ke apa apa. asal dapat naik LRT.
dia macam bangga wey. ko tengok kat jalan raya kereta tak dapat gerak sebab sesak. aku dapat gerakkk... lepas tu, kan ada kat atas, dapat la tengok aktiviti manusia. dapat tengok building satu satu. eh best! just yang tak best bila bersesak dengan jejantans. tu je tak best. tambah yang bau mashammm! euw.
and every time aku naik LRT aku akan plan macam macam. nak update entry cam ni. nak buat cam tu. tapi bila balik salunya malas. dia macam dah penat. TAPI... pada harini, aku nak gak tulis.
first of all, aku nak update pasal pengalaman kerja kat UTS hari tu. aku keja dalam..... emm 11 hari kot. tak dapat gaji pon, berenti dalam paksa dan rela.
ok seriously keja kat situ very best! feeling dia macam ko mula mula masuk U. mingle up with new friends. learn new things. ada assessment bagai. memang superbb! paling best bila time lunch sembang itu ini, dig to the ground pasal someone punya life. eh memang best! background orang pon lain lain. ada yang buat dip, ada yang sesah tulang dari lepas SPM cari keja, ada yang dah pegi sana sini, ada yang dah kawen, ada yang dah bercerai. best doh! serius.
tapi kind of culture shock for me. sebab tetiba dekat sini ramai lelaki. masa first day tu, half laki half pompuan. seram la kann. aku da la kat edu tu tak nampak laki sangat. so memula tu i iz very malu! sampaikan neves dia, orang panggil muka dah blushing. tapi slowly ok lah. bila dah kena satu group dengan lelaki, buat role-play, practise semua dengan dorang slowly all just ok.
dekat sana belaja macam macam. VERY PRECIOUS i told you. belaja objection handling (this is difficult), belaja professional and comprehensive presentation, belaja support member member, belaja nervous macam gila, eh macam macam! sebab tu aku kata v1ery best. paling best belaja kena tahan emosi bila kena marah. bcs it seems like to normal lah nak kena marah semua tu. so, best!
tapi... tu lah, as i mentioned in my previous entry, conventional insurance tak boleh nak jual. plus majorities of ulama said it's haram. so.....
inshaAllah... rezeki yang tak syubhah ada kat mana mana. =)
masa nak pergi tu, daramatik habis. mula mula masa lunch, aku lari laju laju dah. cari jeny lepak kat starbuck the weld practise nak cakap kat Sashi (team leader) camana. wait, pagi tu, which is 1 July 2013, we just got the new team, new motivational spirit, new cubicle, new friends, all new lah. masa tu goyah gila rasa nak bereti tu. tapi kenangkan reason aku ni part of Muslim prinsip... so... think wise lah.
then before masuk, dah la sejam lunch hour tu dok praktis jek. praktis sekali luah perasaan lah. tak makan, tak solat. ingat lepas hantar surat boleh blah teros. then before masuk dengan lapar lapar nih, call lah umi. umi support, umi cakap 'Allah maha tahu'.
so teros lah masuk, gigil lutut jumpa Sashi, then Sashi cakap, why? aku cakap cakap, then dia angguk. pastu suruh duduk keja dulu. HUKOLOHHHHH!! amik kau dah ah lapa, tak semayang lagi, eh memang tak tenteram lah kann...
aku duduk, buat call sikit, toilet, call tiolet, call toilet. last sekali dah nak dekat pukul 4 time tu, aku pandang semua tengah buat keja, aku angkut beg dalam loker teros blah. muahahaha.
ada benda kat sini tak boleh cerita ________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________.
then turun bawah, hujan lebat bak ang. aku redah jugak sampai menara am bank. naik surau, semayang nangis nangis. drama kan? hahaha. nasib orang tak ramai. tapi aku tunggu saviour takde pon. penipu je lebih cerita cerita melayu tu semua.
dah kering air mata, aku pon balik.... NENEK SUPRISE, ECAH BALIK AWAL! haha. nenek tanya apesal? aku pon cerita lahhh....
dan since then, hidup baru aku sebagai jobless person begin.
the end.
cerita lagi satu nanti lah cerita. aku pon bosan taip panjang panjang. orang yang baca mesti lagi bosan. ye dak?
kbai!