Cinta ke orang biar lah berpada. Bukan kat kekasih je, dekat apa apa yang dilabelkan orang. Ibu bapa, adik, family, kawan, boyfriend. Kita memang takkan tau bila dalam cinta tu ada benda lain timbul.
Mungkin tiba tiba tengah baca novel perasaan benci ke orang yang disayangi timbul? Mungkin tiba tiba tiba tengah buat kerja rasa tak boleh nak siapkan rasa nak cari orang untuk disalahkan lalu attack orang disayangi and create perasaan benci?
Mungkin tengah baca Quran, rasa nak menuju syurga sampai kena tinggalkan akhirat lalu buang orang orang yang pernah disayangi?
Mungkin juga accident tengah jalan hilang nyawa terpaksa tinggal orang disayangi?
Banyak kemungkinan. Cinta ke manusia memang tak kekal.
Sedang Allah pon janji, mati itu pasti. Yang mana bila mati, pastilah kita tinggal orang yang kita sayang.
Bukan takde orang tau sayang ke Allah tu yang kekal, tapi... tak ramai yang tau dan prektik.
Aidil budak darjah 1.
Cikgu : Aidil lukis 5 orang yang Aidil sayang dalam kotak ni.
Lepas lukis mama, papa, adik, Aidil tanya..
Aidil : cikgu, macam mana nak lukis Allah? Mama cakap kena sayang Allah dulu baru sayang orang lain.
Obviously, Aidil pon tau, sayang Allah tu lagi penting.
Tweet dari Mira, 16 tahun, baru lepas putus cinta:
@mira16: setakat kau tinggal aku, takde hal. Aku ada Allah yang tak penah tinggal aku.
Banyak dan banyak lagi. Semua Muslim tau, Allah adalah mahluk yang patut disayangi, but look at us? Er, maybe not us. Look at me.
As be in the hard moment, "Allah, grant my wish, I need your guide, guide me...."
As be in the happy moment, "Alhamdulillahhh. Kau makbulkan juga permintaan hambaMu"
But as the happy getting happy and happy and happy.....
Bukan lupa, cuma terjauh diri.
Bukan apa, adakalanya manusia ini tak malu dengan dirinya.
Ku minta, merayu rayu, Kau makbulkan.
Ku toleh ucap terima kasih, lalu aku lupaa.
Gembira dengan apa di depan mata, gembira sampai lupaa.
Siapa beri gembira ini?
Siapa makbul permintaan ini?
Siapaa?
Si tak malu teros lupa, alpa.
Gembira, berpoya poya, khayal, leka, ingkar, degil, terkinja kinja.
Jauhhh jauhhhhh jauhhh dari si pemberi nikmat.
Lupaa lupaa lupaa pada pemberi rahmat.
Tak malu ke?
Selalunya itu lintasan hati semata.
Lintasan yang datang lalu ikut angin kipas ke kiri.... ke kanan... ke atas.... ke bawah.....
Good bye lintasan hati yang baik.
Realiti? Masih berhidung tinggi.
Masih percaya dengan cinta cinta dunia.
Kata kata cinta manis manusia.
Kata kata durjana yang bawaa jauh ke neraka...
Lupa terus pada pemberi nikmat, lupa terus pada pemberi rahmat.
Hingga..
Sayang si pemberi rahmat tiada bertolak banding.
Semalam, kelmarin, minggu lepas, walau sudah dilupakan, walau sudah diingkar semua suruhan, masih Kau datang membimbing, beri ingatan.
Masih Kau datang turunkan air mata.
Masih Kau datang beri peluang sebelum malaikatMu menjemput buat terakhir kali.
Masih Kau tunjuk jalan yang lurus yang akan membawa kebenaran.
Masih Kau sediakan ruang...
Sungguh pencinta apa ini?
Setelah dilupa, setelah diingkari, setelah dianak tiri, masih Kau beri ruangg.
Masih Kau datang dan mengingati.
Masih Kau terima taubat taubat.
Malu, sungguh malu.
Benarlah...
"Cinta kan bunga, bunga kan layu,
Cintakan manusia, manusia kan mati,
Cintakan Allah kekal selamanya."
InshaAllah pendosa ini akan kembali.
Akan cuba mengorak pergi.
Akan matang menyusun strategi.
Akan terus berdiri.
Akan buang semua luka.
Akan jadi aku.
Mohonku, pergi kau cari cinta sejatimu.
Pergi kau bawa cela yang pernah tercalit.
Pergi kau pergi.
Jangan kembali.
Jika ingin kembali, carilah jalan yang baik.
Good bye
Good night